Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Pako Ayestaran Dilantik Ketua Jurulatih Valencia

  • Published in Sukan

Jurulatih interim, Pako Ayestaran, akhirnya menerima berita mengembirakan apabila dilantik selaku ketua jurulatih, Valencia. 

Valencia sebelum ini memecat bekas bintang Manchester United dan pemain pertahanan England, Gary Neville selaku jurulatih kerana gagal membawa keputusan yang diharapkan. 

Pako Ayestaran 53 tahun, hadir ke Valencia bersama-sama , Gary Neville ketika Neville secara mengejut menggantikan Nuno Espirito Santo pada Disember lalu. 

Namun, Ayestaran dilantik selaku care taker Valencia selepas Neville dipecat pada bulan Mac lalu. 

Sejak dari itu, Ayestaran telah berjaya melakukan tugas dengan baik membawa kelab menamatkan saingan la liga di kedudukan ke-12 musim ini. 

Selain mengemudi pasukan mencatat keputusan memberangsangkan menewaskan Barcelona dan Sevilla musim ini. 

Kejayaan ini membawa kepada keputusan pengurusan melantik dan menawarkan kontrak kepada Ayestaran selaku ketua  jurulatih Valencia sehingga Jun 2018. 

Sebelum ini, Ayestaran merupakan pembantu jurulatih kepada Rafael Benitez ketika Rafa mengemudi Valencia pada musim 2001/2002 dan 2003/2004. 

Dan selepas itu, Ayestaran bersama-sama Rafa ke liga perdana Inggeris di Liverpool.