Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 1:14 PM UTC, May 20, 2018

Louis Van Gaal Dipecat

  • Published in Sukan

Tidak sampai dua minggu selepas berakhirnya saingan musim 2015/2016, dan hanya selepas tiga hari memberi kejuaraan Piala FA, akhirnya, Louis Van Gaal dipecat. 

Ini bukan khabar angin tetapi benar-benar berlaku apabila pengurusan The Red Devil menamatkan perkhidmatan Van Gaal walau kontrak masih berbaki semusim lagi. 

Khabar angin menjadi kenyataan dan ternyata kejayaan menjulang Piala FA belum cukup untuk menyelamatkan kedudukan Louis Van Gaal selaku pengendali The Red Devil. 

Jika dilihat prestasi keseluruhan Manchester United di bawah kendalian Van Gaal hanya menampakkan sedikit perubahan untuk menduduki tangga kelima liga. 

Bagaimanapun, mereka gagal untuk beraksi dalam liga juara juara musim depan. 

Dengan pemecatan Van Gaal, bermakna spekulasi Jose Maurinho akan dilantik selaku pengganti Van Gaal semakin kuat diperkatakan. 

Maurinho yang dipecat Chelsea pada disember 2015 pernah mengeluarkan kenyataan akan kembali mengemudi pasukan dalam liga perdana Inggeris tanpa menyatakan nama pasukan.