Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

KHM Lantik Brian Fernandes , Kuantan Dipilih Lokasi Kejohanan Hoki

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Konfederasi Hoki Malaysia memutuskan untuk melantik Brian Gerard Fernandes sebagai Pengerusi Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia bagi menyelaras  semua pertandingan yang berada dibawah KHM.

Ia juga salah satu langkah dalam menstruktur semula program pembangunan dan perlawanan peringkat akar umbi agar lebih efisien dan bergerak mengikut hala tuju yang ditetapkan.
  
Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan, pengalamannya yang luas dalam mengendalikan pertandingan antara salah satu faktor KHM memilih Brian untuk mengisi jawatan tersebut.

Jawatan itu sebelum ini dipegang Hashim Yusoff yang juga Setiausaha KHM, namun beliau telah melepaskan jawatannya tahun lalu, beberapa bulan selepas perlantikan Datuk Seri Subahan Kamal sebagai Presiden baharu KHM.

Fernandes juga pernah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Konfederasi Hoki Asia dan pegawai teknikal ketika sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada 2011.

Dalam perkembangan berasingan, Datuk Subahan turut mengumumkan perlantikan K Embaraj sebagai  coordinator kejurulatihan program hoki 1 Malaysia.

Pemilihan venue bagi kejohanan Hoki trofi Asia, Datuk Seri Subahan Kamal menetapkan Kuantan sebagai lokasi pertandingan yang dijadual bermula dari 19 hingga 30 oktober.

Faktor masa menjadi kekangan buat KHM dalam membuat pilihan meskipun Malaysia mempunyai venue venue lain seperti di Ipoh, dan Johor Bahru yang dilihat mempunyai kehadiran penyokong yang positif.

Persekutuan Hoki Antarabangsa, FIH memutuskan untuk menjadi kejohanan ini sebagai salah satu peluang buat negara negara asia untuk meraih mata bagi kelayakan ke sukan Olimpik.