Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Isu Gaji Kafa FAM Perlu Tegas

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - FAM diingatkan supaya bertindak tegas jika tidak mahu kredibilitinya sebagai badan induk bola sepak negara ini dipertikaikan.

Sebarang tindakan terhadap mana-mana persatuan bola sepak di bawah naungannya yang didapati melanggar peraturan haruslah diambil tanpa kompromi.
  
Datuk Abdul Mokhtar menegaskan sebarang keputusan tata tertib dibuat oleh Jawatankuasa tersendiri dengan dianggotai oleh panel bebas.

Pucuk pimpinan tidak campur tangan dalam keputusan tersebut.

Beliau mengulas mengenai tindakan yang masih belum diambil terhadap Persatuan Bola sepak Kelantan, KAFA atas kesalahan belum menjelaskan gaji bekas lima pemainnya.

KAFA sebelum ini memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji mereka  sebelum 30 Mei ini.

Pemain berkenaan, Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar mendakwa masih belum menerima bayaran penuh tunggakan gaji mereka yang sepatutnya dibayar pada 11 Mei lepas.

FAM telah memberi amaran kepada KAFA untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji berkenaan.

Atau berdepan tindakan pemotongan mata atau disingkirkan ke Liga Perdana.