Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Tiada Bebanan Tugas - Perbincangan Dibuat Sebelum Kemudi Skuad Bawah 19

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Tidak timbul isu bebanan tugas buat jurulatih Skuad Sukan SEA 2017 negara, Frank Bernhardt.
  
Malah pihak pengurusan telahpun berbincang dengan pengendali dari Jerman itu untuk mengemudi pasukan bawah 19 tahun negara bagi  mencari pemain terbaik membentuk pasukan mantap menjelang temasya kali ke 29 itu di Kuala Lumpur tahun depan.

Demikian ditegaskan Timbalan Presiden Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Affendi Hamzah.
  
Jelas Datuk Seri Affendi lagi, tujuan Bernhardt dipilih mengemudi skuad bawah 19 tahun kebangsaan bagi terus memberi peluang kepada beliau mencari pemain terbaik untuk diserapkan ke dalam Skuad bawah 22 tahun negara.

Sekaligus merealisasikan impian sasaran PINGAT EMAS yang ditetapkan pasukan bola sepak negara.

Bernhardt ketika ini diberikan tugasan mebimbing  skuad bawah 19 tahun negara bagi menghadapi cabaran Saingan Piala AFF bawah 19 tahun  yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam bermula 11 hingga 24 september depan.

Affendi ditemui di Wisma FAM,Kelana Jaya.