Logo

Alexander Zverev Kecewakan Jaguh Tuan Rumah

Perancis - Pemain muda Jerman, Alexander Zverev mrngecewakan jaguh tuan rumah, Gilles Simon di suku akhir untuk menempah slot separuh akhir Kejohanan Tenis ATP 250 Terbuka Nice, Perancis. 

Alexander Zverev turun beraksi menentang Gilles Simon mempamerkan permainan tenang untuk mencatat kemenangan set pertama 6-3. 

Simon bangkit di set kedua namun Zverev tetap konsisten memaksa Simon bekerja keras sebelum menang set kedua, tie break 7-6. 

Cubaan Gilles Simon untuk menidakkan kemaraan Zverev tidak kesampaian apabila pemain muda jerman ini lebih kemas mengawal gelanggang mencatat kemenangan 7-6 set ketiga. 

Alexander Zverev berjaya mara ke separuh akhir menewaskan Gilles Simon 6-3, 6-7 dan 7-6 dijadual bertemu Joao Sousa.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.