Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Piala Thomas - Malaysia Bertemu Denmark Pada Aksi Separuh Akhir

  • Published in Sukan

China - Malaysia akan bertemu Denmark dalam aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung pukul 7 malam ini. 

Malaysia layak selepas menewaskan Taiwan 3-1 dalam aksi suku akhir di Kunshan China. 

Dalam pada itu, kejutan berlaku di suku akhir apabila pilihan utama yang juga tuan rumah, China terkeluar dari saingan piala Thomas tewas 1-3 di tangan Korea Selatan.   

Ini merupakan kali pertama China gagal melayakkan diri ke separuh akhir sejak 1982. 

Sasaran China untuk menjulang trofi Piala Thomas buat kali ke-10 tidak kesampaian apabila dikejutkan Korea Selatan. 

Kejutan bermula apabila, pemain nombor satu dunia, Chen Long gagal menyaingi kelincahan , Son Wan Ho, tewas 12-21, 21-16 dan 12-21 dalam masa 23 minit untuk mata pertama Korea Selatan. 

Selepas itu, beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong , bangkit daripada tewas set pertama untuk mencatat mata kedua menewaskan beregu ketiga dunia, 

Zhang Nan/Fu Haifeng, 23-25,23-21 dan 21-12 dalam perlawanan sejam 35 minit. 

Juara dunia dua kali, Lin Dan kembali memberi harapan buat China merapatkan jurang mata 1-2 selepas berjaya menewaskan Lee Dong Keun, 21-10, 21-15 dalam masa 50 minit. 

Terkenal memiliki pasangan begeru kental, Korea Selatan mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menewaskan China apabila pasangan, Kim Sa Rang/ Kin Gi Jung mudah menewaskan Li Jun Hui/ Zheng Si Wei, 21-15 dan 21-18. 

Kemenangan 3-1 menewaskan China satu kejayaan besar buat  Korea Selatan yang kali pertama mengecewakan China dalam sejarah saingan Piala Thomas. 

Korea Selatan dijadual bertemu Indonesia di separuh akhir.