Logo

Hoki - Pasukan Kuala Lumpur Buru Kejuaraan Ke-20

Kuala Lumpur - Menjelang saingan Kejohanan Hoki Piala Tun Razak 2016, pasukan Kuala Lumpur berada di landasan yang tepat dalam misi memburu kejuaraan ke-20 mereka. 

Jurulatihnya, K Rajan berkata misi itu tidak keterlaluan kerana yakin dengan barisan pemain yang turut dibarisi 7 pemain kebangsaan. 

Sementara itu ketua pasukan KL, Baljit Singh berkata moral dan semangat rakan sepasukan ketika iniberada pada tahap yang baik. 

Kali terakhir Kuala Lumpur menjuarai kejohanan ini pada tahun 2011. 

Diundi dalam kumpulan B, Kuala Lumpur bakal berdepan tugas sukar apabila diundi bersama naib juara edisi 2015 Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan. 

Kejohanan Hoki Piala Tun Razak 2016 akan berlangsung bermula esok hingga 29 Mei ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.