Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Liga Super - Pulau Pinang 1, Felda United 2

Georgetown - Nasib pasukan Harimau Kumbang sudah seperti tiada penghujung selepas tewas 1-2 kepada Felda United . 

Walaupun Pulau Pinang perlu menang dalam perlawanan untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia, namun persembahan yang ditunjukkan tidak memuaskan hati penyokong, malah Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abd Wahid turut bersetuju dengan kelemahan pasukannya. 

Felda United mula dengan garang selepas menjaringkan gol pada minit ke30 menerusi pemain importnya, Francis Forkey Doe dan menjaringkan gol kedua menerusi satu tandukan pada minit ke 60. 

Gol yang dihasilkan menerusi Muhammad Hadin Azman jelas memancar keyakinan dimuka pengendali Felda United, iaitu Irfan Bakti Abu Salim. 

Pasukan tuan rumah cuba bangkit dan hasil gerakan pantas mengatur serangan, skuad Harimau Kumbang berjaya menjaringkan gol menerusi Reinaldo Lobo pada minit ke 90 menerusi tendangan penalti. 

Pulau Pinang cuba bangkit , namun tidak berjaya membolos gawang pihak lawan. 

Kehadiran jurulatih berbangsa Croatia, Bojan Hodak, terus menghangatkan spekulasi bahawa bekas pengendali JDT itu akan dilantik ke satu jawatan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dalam masa terdekat.