Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Ben King Juara Peringkat Kedua Lumba Basikal Jelajah California

  • Published in Sukan

California - Pelumba Cannondale, Ben King muncul juara peringkat kedua Lumba Basikal Jelajah California, empat bulan selepas mengalami kecederaan fibula atau pergelangan kaki ketika menjalani latihan. 

Kemenangan King itu sekaligus merampas kedudukan pendahulu keseluruhan daripada Peter Sagan selepas kayuhan sukar sejauh 92 batu atau 148 kilometer bermula dari Pasadena. 

Menuju ke garisan penamat, King memecut untuk memintas Evan Huffman dan muncul juara. 

King, bekas juara lebuhraya Amerika Syarikat menjadi warga Uncle Sam pertama  memenangi peringkat di jelajah California sejak Taylor Phinney melakukannya dua tahun lalu di Santa Barbara. 

Sementara itu, Huffman menamatkan perlumbaan peringkat kedua di kedudukan kedua manakala Alexander Kristoff di kedudukan ketiga. 

King dan Huffman beriringan sejak awal bersama Will Barta sebelum mereka meninggalkan pelumba berusia 20 tahun itu berbaki lapan kilometer perlumbaan. 

Sungguhpun hanya berada di kedudukan kedua, Huffman berjaya meraih jersi raja bukit.