Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Piala Thomas - Malaysia Tempah Tiket Ke Suku Akhir

China - Skuad negara terus cemerlang dalam aksi kedua kumpulan C menumpaskan Jerman 5-0 dan menjadi antara pasukan terawal mengesahkan slot ke suku akhir. 

Seperti biasa jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah menewaskan Kai Schaefer 21-19, 21-15 dalam masa 40 minit. 

Selepas itu, beregu utama negara Goh V Shem / Tan Wee Kiong menghadiahkan mata kedua negara mengenepikan cabaran Richard Domke/Fabian Holzer melalui keputusan straight game. 

V Shem / Wee Kiong menang 21-12, 21-11. 

Mata kemenangan Malaysia dimuktamadkan perseorangan kedua Iskandar Zulkarnain selepas menewaskan Lars Schaenzler, 21-7,21-16. 

Bergu veteran Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang tewas sebelum ini berjaya menebus kehampaannya dengan menumpaskan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss/Joshe Zurwonne 21-15,21-10. 

Malaysia selesa mendahului 4-0. 

Chong Wei Feng turut tidak ketinggalan melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia. 

Aksi terakhir perseorangan lelaki, Wei Feng menjinakkan, David Peng 21-9,21-18 dengan masa keseluruhan 37 minit. 

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kini gah menerajui kumpulan C.