Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Virus Zika Tidak Halang Malaysia Sertai Olimpik - Khairy

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Penularan virus Zika di Brazil tidak akan menghalang Malaysia daripada menyertai temasya Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil Ogos ini.    

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini belum ada keputusan untuk menarik diri daripada menyertai temasya tersebut. 

Khairy menjelaskan, kementeriannya telah mengarahkan Institut Sukan Negara (ISN) melakukan pemantauan rapi tahap kesihatan atlet serta pegawai yang akan menyertai temasya. 

Khairy bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis MOU Akademi Bas Rapid antara KBS dan Prasarana di Kompleks Depoh Cheras Selatan. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 58 negara dilaporkan terkesan dengan jangkitan Zika sejak Januari 2014 hingga 11 Mei lalu termasuk Brazil.