Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Golf - Jason Day Raih Gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat

Florida - Jaguh nombor satu dunia Jason Day raih gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat  kedua berturut-turut dengan  kelebihan empat pukulan mengatasi Kevin Chappell. 

Day, membenam satu di bawah par 71 pada pusinganuntuk muncul juara. 

Day menyamai rekod lapangan TPC Sawgrass dengan mencatat 63 pukulan pada pusingan pembukaan diikuti 66 pukulan hari kedua untuk mengumpul keseluruhan 15 di bawah par 273. 

Pemain asal Australia berusia 28 tahun itu menyambar gelaran peribadi ke-10 Jelajah PGA Amerika Syarikat dan hadiah utama 1.89 juta dolar amerika . 

Ia juga merupakan kemenangan ketujuh Day pada 17 penampilan. 

Day menguasai saingan sejak hari pertama, menyamai rekodnya di aksi Jemputan Arnold Palmer di Bay Hill, sebelum ini selepas turut muncul pendahulu semua pusingan. 

Day ketika ini sedang berada pada prestasi terbaik apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada empat major terakhir dan akan cuba menambah koleksi pada Terbuka AS, bulan depan.