Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

WSBK - Nicky Hayden Raih Gelaran Sulung

  • Published in Sukan

Sepang - Bagi Perlumbaan 2 Kejuaraan Superbike Dunia, WSBK, pelumba ternama dari Amerika Syarikat, Nicky Hayden muncul juara di Litar Antarabangsa Sepang, SIC, gelaran sulungnya di litar ini dan juga yang pertama untuk musim 2016. 

Pelumba pasukan Honda World Superbike Team itu mencatat masa terpantas 37 minit 04.047 saat selepas memulakan perlumbaan dari petak keempat yang berlangsung dalam keadaan permukaan trek yang basah. 

Hayden terkenal dengan jolokan Kentucky Kid itu turut memecah dominasi tiga pelumba Great Britain, Jonathan Rea, Chaz Davies dan juara Perlumbaan 1, Tom Sykes yang sebelum ini menguasai kedudukan podium. 

Tempat kedua menjadi milik Davide Giugliano dari pasukan Aruba.it Racing manakala tempat ketiga diraih pendahulu carta keseluruhan kelas Superbike, Rea daripada Kawasaki Racing Team.