Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

WSBK - Zulfami Duduki Tempat Kedua

  • Published in Sukan

Sepang - Zulfahmi Khairuddin menampilkan prestasi cemerlang apabila berjaya menaiki podium menduduki tangga kedua kelas Supersport di Litar Antarabangsa Sepang, SIC. 

Kemenangan itu menamatkan kemarau empat tahun tanpa penamat di pentas podium bagi bekas pelumba Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia itu. 

Zulfahmi yang memulakan perlumbaan dari petak kelima mula mendahului saingan pada pusingan ketiga. 

Namun cabaran Ayrton Badovini di baki terakhir tiga pusingan memberi saingan sengit kepada Zulfahmi selepas pelumba pasukan GEMAR Ballons,Team Lorini itu memintasnya. 

Kedua-dua pelumba saling memintas namun kemenangan akhirnya memihak kepada Badovini sekaligus merangkul gelaran pertamanya untuk musim ini. 

Zulfahmi yang mewakili pasukan Orelac Racing VerdNatura, menampilkan tunggangan baik di permukaan trek basah selepas jadual asal perlumbaan di ubah ke jam 5 petang ekoran hujan lebat di Sepang.