Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

JDT Juara Piala FA 2016

  • Published in Sukan

 

Shah Alam - Johor Darul Ta'zim (JDT) mengalahkan PKNS FC 2-1 pada final di Stadium Shah Alam untuk menjadi juara Piala FA 2016.

Skuad JDT pernah menjulang Piala FA pada 1998, sewaktu itu, pasukan dikenali Johor FA.

Pada perlawanan semalam, PKNS FC mendahului seawal minit keenam apabila Gabriel Miguel Guerra menyempurnakan sepakan penalti.

Pada minit ke-16, Kapten JDT, Safiq Rahim menerusi sepakan penalti menyamakan kedudukan.

Jorge Pereyra Diaz, pada minit ke-35 berjaya masukkan gol menjadi keputusan 2-1.

Keputusan 2-1 itu kekal sehingga akhir perlawanan.