Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Piala AFC - JDT Teruskan Kecemerlangan

Larkin - Juara bertahan, Johor Darul Takzim JDT meneruskan kecemerlangan mencatat kemenangan menewaskanBengaluru FC untuk mengekalkan rekod bersih enam perlawanan tanpa tewas memungut 18 mata penuh. 

Walaupun mendahului kumpulan H dan sudah pun melayakkan diri ke saingan kalah mati, JDT tetap bersemangat melayan kunjugan JSW Bengaluru FC yang turut layak ke pusingan 16 pasukan terakhir. 

Barisan pemain yang diturunkan , Mario Gomez sedikit sukar untuk menembusi pertahanan Bengaluru di separuh masa pertama. 

Hanya satu percubaan berbahaya disaksikan pada minit ke-28 melalui percubaan,Mohd Nazrin nawi. 

Namun, permainan JDT berubah di separuh masa kedua, apabila Safiq Rahim dimasukkan. 

Safiq Rahim pantas menjaringkan gol pertama minit ke-69, selepas percubaannya terkena kaki, John Johnson. 

JDT menggandakan jaringan 12 minit sebelum tamat perlawanan melalui Safee Sali. 

Kedudukan 2-0 yang dilihat akan kekal hingga tamat perlawanan berubah apabila S Chanturu dijatuhkan dalam kotak penalti. 

Shakir Shaari yang ditugaskan tidak melepaskan peluang untuk menjadikan kedudukan 3-0 hingga tamat perlawanan. 

Di saingan kalah mati JDT dijadual bertemu kelab Filipina, KAYA FC dalam masa dua minggu lagi. 

Sementara, Bengaluru FC akan bertemu juara kumpulan F, Kitchee FC.