Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 1:01 AM UTC, Feb 22, 2018

Piala AFC - Selangor Gagal Ke Pusingan Kedua

  • Published in Sukan

Singapura - Gol tunggal Yasir Hanafi memastikan Tampines Rovers menang 1-0 ke atas Selangor, sekali gus merampas slot ke pusingan kedua daripada skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu.

Selangor yang memerlukan sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Nasional, Kallang, Singapura, untuk ke peringkat seterusnya, dikecewakan menerusi gol Yasir pada minit ke-31. 

Keputusan itu membolehkan skuad kendalian V. Sundramoorthy, layak ke pusingan kedua selaku naib juara Kumpulan E dengan mengutip 10 mata daripada enam perlawanan manakala Selangor ketiga dengan lapan mata. 

Kegagalan Selangor melangkah ke pusingan kedua menyaksikan hanya Johor Darul Ta'zim (JDT) yang merupakan juara bertahan, menjadi wakil tunggal menggalas cabaran negara pada kejohanan tahap kedua kelab Asia itu. 

JDT yang pasti menjuarai Kumpulan H akan menamatkan aksi kumpulan mereka menentang wakil India, Bengaluru FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.