Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Harga Tiket Final Piala FA Kekal RM50

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Mesyuarat Exco FAM ke-8 di Wisma FAM mengekalkan harga tiket final Piala FA kekal 50 ringgit. 

Selain itu, mesyuarat turut mengumumkan tambahan dua ribu keping tiket berharga lima ringgit khas untuk kanak-kanak. 

Keputusan ini seolah-olah menolak saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang mahu pihak Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) membincang dan menilai semula serta menurunkan harga tiket daripada RM50 kepada RM 40. 

Perkara ini diumumkan sendiri, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Seri Afandi Hamzah. 

Beliau turut memberitahu penambahan tiket kanak-kanak ini tidak melibatkan program 'Stadium Tour' yang dianjurkan oleh FMLLP untuk seribu kanak-kanak secara percuma. 

Ini bermakna jumlah keseluruhan tiket untuk perlawanan akhir Piala FA di antara Johor Darul Takzim dan PKNS FC bertambah sejumlah 72 ribu keping tiket.