Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Novak Djokovic Rangkul Gelaran Masters Ke-29

  • Published in Sukan

Madrid - Novak Djokovic merangkul gelaran Masters ke-29, selepas menewaskan pemain Britain Andy Murray di pentas final. 

Djokovic yang berjaya meraih tujuh mata break menang mudah set pertama 6-3. 

Andy Murray yang juga juara bertahan sekali lagi gagal mengatasi Djokovic di set kedua lalu tewas 6-3. 

Kemenangan ini memberinya kelebihan satu perlawanan di hadapan Rafael Nadal dalam memenangi kejuaraan Masters. 

Ini adalah kejuaraan kedua Djokovic di Madrid sekaligus menafikan peluang Murray untuk merebut kejuaraan Masters ke-12, dan kedua di gelanggang tanah liat. 

Kekalahan membolehkan Roger Federer merampas gelaran pemain nombor dua dunia daripada pemain Britain ini.