Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

MotoGP - Lorenzo Takhluk Litar Le Mans Perancis

  • Published in Sukan

Perancis -Jorge Lorenzo berjaya menakluki Litar Le Mans untuk muncul juara GP Perancis. 

Sekaligus merampas kedudukan pendahulu keseluruhan daripada rakan senegara, Marc Marquez yang terbabit kemalangan. 

Marquez bagaimanapun bangkit untuk menamatkan perlumbaan namun tertinggal dalam kelompok belakang. 

Lorenzo mencatat masa terpantas 43 minit 51.290 saat untuk muncul juara. 

Beliau 10 saat dihadapan pemenang kedua Valentino Rossi dan Maverick Vinales ketiga. 

90 mata dikumpul membolehkannya memintas Marquez ditangga teratas manakala Rossi ketinggalan 12 mata di belakang Lorenzo. 

Saingan Moto2, dimenangi Alex Rins daripada Paginas Amarillas dengan masa 42 minit 27.312 saat. 

Kedua Simone Corsi dan ketiga Thomas Luthi. 

Pelumba negara,  Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan selepas bermula dari petak ke-17 

Sementara itu, penunggang Afrika Selatan, Brad Binder meraih kemenangan keduanya dalam aksi Moto3. 

Turut menaiki podium, Romano Fenati dan Jorge Navarro selaku pemenang kedua dan ketiga. 

Khairul Idham Pawi yang menjuarai Moto3 di GP Argentina sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 14 selepas bermula dari petak ke sembilan. 

Seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin dari Drive M7 SIC Racing Team gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh seawal pusingan pertama.