Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Ragbi Asia - Malaysia Tewas Dengan Filipina

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Malaysia memulakan saingan Divisyen Satu dengan langkah tempang apabila tewas kepada juara bertahan Sukan SEA, Filipina. 

Sri Lanka pula berjaya memungut mata pertama selepas membenam Singapura pada aksi pembukaan di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara. 

Skuad bimbingan Lee Nyuk Fah ini mendahului 3-0 selepas Mohamad Syarif Saiful Aazwan menyempurnakan penalti pada minit kelima sebelum Filipina bangkit mengatasi 5-3 pada minit ke-36 melalui try Christopher Bird. 

Kedudukan 5-3 kekal sehingga tamat aksi separuh masa. 

Babak kedua, asakan Malaysia membuahkan hasil apabila pemain import dari Fiji Jone Mawara Nasalo dan Mohamad Syarif menyempurnakan try minit ke-43 untuk Malaysia mendahlui 10-5. 

Filipina kemudian menyamakan kedudukan 10-10 selepas Matthew Saunders menyempurnakan try minit ke-46 sebelum Terrence Carroll memastikan kemenangan bagi pasukan bimbingan Stu Woodhouse melalui try pada minit ke-68. 

Sebelum itu, Sri Lanka meraih kemenangan bergaya dengan menundukkan Singapura 33-17. 

Pada aksi seterusnya Rabu ini, Sri Lanka akan berdepan skuad negara manakala  Filipina akan menentang Singapura. 

Kejohanan akan berakhir pada 14 mei ini.