Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Chong Wei Tidak Anggap Menang Di Kejohanan Asia Sebagai Peluang Terbaik Di Rio

  • Published in Sukan

Sepang - Juara Badminton Asia, Datuk Lee Chong Wei tidak menganggap kemenangan di Kejohanan Asia sebagai peluang terbaik di Temasya Olimpik Rio nanti meskipun menewaskan dua jaguh badminton China. 

Ini kerana baginya perubahan boleh berlaku termasuk pencapaian persembahan seseorang pemain. 

Justeru beliau akan terus mempertingkatkan permainannya agar lebih bersedia menghadapi Olimpik nanti yang juga merupakan penampilan terakhirnya . 

Disamping itu Chong Wei akui perubahan sebagai seseorang yang berkeluarga mempengaruhi kehidupannya. 

Ia secara tidak langsung merangsang semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik untuk keluarga dan negara. 

Datuk Lee Chong Wei ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.