Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Putrajaya Bakal Anjur Kejohanan Skuasy Universiti Dunia Edisi Ke-9

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Putrajaya bakal menganjurkan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia edisi ke-9 pada 5 hingga 11 september depan.

Menurut Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Profesor Datuk Dr.  Abdullah Mohamad Said, ia bakal menghimpunkan lebih 60 peserta dari 17 buah negara bagi mencari juara dunia peringkat Universiti.

3 kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta berpasukan.

Bagi Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Hazally Jali berkata kejohanan ini akan menjadi perintis untuk Malaysia menganjurkan banyak lagi kejohanan peringkat universiti dunia selepas ini.

Pencapaian terbaik negara setakat ini adalah pingat gangsa berpasukan edisi ke 8 di India pada 2014.

Saingan dijangka bertambah hebat sekiranya juara dunia Mesir mengesahkan penyertaan sehingga tarikh tutup 30 jun nanti.

Pelancaran Kejohanan Skuasy Universiti Dunia ke 9 disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.