Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

KFA Tolak Tawaran Tajaan D'Herbs

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persatuan Bolasepak Kedah, KFA menolak tawaran jutawan produk kesihatan D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk menaja persatuan itu.

Ini berikutan beberapa terma dan syarat dikenakan oleh pihak D'Herbs tidak dapat dipenuhi oleh KFA.

Hal ini disahkan oleh Exco Belia dan Sukan Kedah, Datuk Aminuddin Omar.
  
Datuk Aminuddin Omar bercakap kepada pemberita semasa sidang media di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

KFA bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada D'herbs atas kesudian menaja dan berharap jalinan ini dapat diteruskan dalam medium lain.

Jelasnya, penyokong Hijau Kuning tidak perlu bimbang kerana KFA masih mampu untuk menguruskan pasukan bola sepak Kedah walaupun tanpa tajaan daripada mana-mana pihak.