Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Kuala Lumpur Terajui Liga Perdana

 

Kuala Lumpur - Kuala Lumpur kembali di kedudukan teratas Liga Perdana selepas mencatat kemenangan selesa 5-1 ke atas pasukan tercorot liga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Melaka United pula turun satu anak tangga selepas mengalami kekalahan pertama musim ini, tewas 1-2 kepada Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Negeri Sembilan pula turun satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga setelah seri 2-2 menentang Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pula naik satu anak tangga ke kedudukan keempat liga setelah menang tipis 1-0 ke atas Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu.

Kelab PKNS FC seri 4-4 ketika menentang wakil Pahang, Kuantan FA.