Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

EPL - Man Utd 1 Leicester 1, Swansea 3 Liverpool 1 Dan Southampton 4 Man City 2

  • Published in Sukan

London - Leicester City perlu dua mata lagi untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris selepas seri 1-1 dengan Manchester United di Old Trafford semalam. Mungkin Leicester dapat merangkul pada malam ini jika Tottenham gagal menewaskan Chelsea di Stamford Bridge.

Dalam perlawanan dengan Manchester United, Leicester ketinggalan apabila Anthony Martial menjaring gol untuk Manchester United pada minit ke-8 tetapi berjaya menyamakan kedudukan apabila kapten pasukan Leicester, Wes Morgan dapat menandukkan gol ke jaring pada minit ke-17.

Dalam perlawanan lain, Swansea berjaya kalahkan Liverpool 3 - 1 dan Southampton tewaskan Manchester City 4 - 2 .