Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Chong Wei Juarai Kejohanan Badminton Asia

 

Wuhan - Pemain nasional badminton utama Malaysia, Lee Chong Wei berjaya mengatasi pemain nombor satu dunia, Chen Long untuk merangkul kedua gelaran Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China.

Lee Chong Wei mengalahkan Chen Long dengan 21-17, 15-21, 21-13 dalam perlawanan yang mengambil masa selama satu jam dan 22 minit.

Chong Wei yang berusia 33 tahun itu memenangi Kejohanan Badminton Asia pertamanya pada tahun 2006, tepat 10 tahun yang lalu.