Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Chong Wei Mara Ke Akhir Kejohanan Asia Selepas Tewaskan Lin Dan

  • Published in Sukan

 

Wuhan - Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia selepas menewaskan Lin Dan dengan kemenangan 22 - 20, 15 - 21 dan 21- 4 di Wuhan, China.

Kemenangan adalah bekalan untuk mengukuhkan prestasinya dalam persiapan beliau ke Sukan Olimpik 

Ini juga pertemuan pertama mereka tahun ini, sekali gus membantu Chong Wei merapatkan rekod pertemuan mereka kepada 11-25, yang masih berpihak kepada juara Olimpik dua kali itu.

Menanti Chong Wei di final esok adalah juara dunia, Chen Long yang mudah menewaskan rakan sepasukannya, Tian Houwei dengan 21-14, 21-16.