Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

BAM Umum Senarai 20 Pemain Ke Piala Thomas Dan Uber

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persatuan Badminton Malaysia, BAM menyenaraikan 20 pemain bagi membawa cabaran negara ke saingan Piala Thomas dan Piala Uber di Wuhan pada 15 hingga 22 Mei.   

Mengetuai senarai, pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.

Selain Datuk Lee Chong Wei, skuad Piala Thomas dibarisi juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat.

Pemain beregu lelaki pula terdiri dari Goh V Shem-Tan Wee Kiong, pasangan bebas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta pemain muda, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin.

Bagi skuad Piala Uber pula BAM menyenaraikan perseorangan wanita, Tee Jing Yi, Goh Jin Wei, Ho Yen Mei dan Soniia Cheah.

Barisan beregu wanita pula Vivian Hoo, Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Amelia Alicia Anscelly manakala Goh Liu Ying dilantik sebagai ketua pasukan.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai pengurus pasukan Piala Thomas dan Ahli Majlis BAM, Datuk William Toh pengurus pasukan Piala Uber.

Senarai itu diumumkan Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid selepas mempengerusikan mesyuarat Exco BAM di Bukit Kiara.