Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Nicol David Tewaskan Pemain Rachel Grinham Pada Pusingan Pertama

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Nicol David terpaksa berhempas pulas dalam lima set sebelum menewaskan pemain veteran, Rachel Grinham di pusingan pertama pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia PSA 2015 .  

Permulaan yang kurang baik buat pilihan kedua kejohanan ini yang memiliki rekod lapan kejuaraan dunia.

Nicol bermain baik pada set pertama, apabila mengawal gelanggang untuk menang dengan 11-4.

Bagaimanapun, Nicol cemas seketika apabila Rachel Grinham bangkit memperbaiki permainan untuk menang set kedua dan ketiga, 11-8 dan 11-8.

Nicol kembali fokus dan berjaya menyamakan kedudukan dua sama menang set keempat 11-1.

Kelegaan buat Nicol dan peminat yang hadir apabila Nicol mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua menang set penentuan 11-2 untuk mendahului kedudukan 3-2 dalam masa 46 minit.

Di pusingan kedua, Nicol dijadual bertemu samaada pemain England, Alison Waters yang menewaskan seorang lagi pemain Mesir, Heba El Torky.