Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Delia, Wee Wern Alami Nasib Berbeza Di Pusingan Pertama

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Delia Arnold mara ke pusingan kedua, tetapi Low Wee Wern tersingkir di pusingan pertama di Kejohanan Skuasy PSA Wanita Dunia 2015.

Low Wee Wern yang masih dalam proses pemulihan kecederaan, kalah straight set kepada Joelle King dari New Zealand.

Wee Wern yang sekian lama tidak beraksi, jelas tidak mampu menahan asakan pemain Joelle yang menduduki rangking 9 dunia itu.

Memberi saingan yang baik pada set pertama, namun masih belum mampu menyaingi kepantasan Joelle yang menang 11-9.

Set kedua dan ketiga jelas milik Joelle King untuk penguasaan penuh seterusnya menang perlawanan dengan 11-6, 11-7, dalam masa keseluruhan 37 minit.

Dalam satu lagi perlawanan, Delia Arnold dipaksa bekerja keras selama sejam oleh pemain dari pusingan kelayakan, Mariam Wetwally dari Mesir sebelum menang dalam 4 set.

Delia mendominasi awal set pertama, tetapi Mariam berjaya mengheret perlawanan ke tie break, sebelum Delia menang 12-10.

Pada set kedua, Mariam bangkit, memaksa Delia mengaku kalah, juga pada tie break, 10-12.

Delia sekali lagi diberi tentangan pada set ketiga, bersaing mata sehingga ke tie break, sebelum menang 12-10.

Dan pada set ke- 4, Delia berjaya menyerap tekanan, untuk menang 11-9.

Pada Pusingan kedua , Delia akan bertemu pemain di rangking 6 dunia, Omneya Abdel Kawy, juga dari Mesir.