Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Riyad Mahrez Pemain Terbaik PFA 2016

  • Published in Sukan

London - Penyerang Leicester City, Riyad Mahrez dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahun 2016 pada Anugerah Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) Inggeris.  

 

Pemain berusia 25 tahun dari Algeria itu mengetepikan dua rakan sepasukannya, Jamie Vardy dan N'Golo Kante selain pemain West Ham United, Dimitri Payet, pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane serta pemain Arsenal, Mesut Ozil.

 

Sementara itu, pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik.