Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Liga Super - Perak 3 Felda United 2 Dan Terengganu FCII 3 P. PInang 2

 

Kuala Lumpur - Perak mengejutkan pendahulu carta Liga Super, Felda United FC (FUFC), apabila bangkit mencipta kemenangan tipis 3-2 di Stadium Perak semalam.

Ini merupakan kekalahan kedua Felda United dalam saingan liga musim ini selepas kalah tipis 2-1 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 Mac lepas di Larkin.

Sementara itu, Terengganu FC II berjaya melonjak ke tangga ketiga carta selepas terpaksa berusaha menundukkan Pulau Pinang 3-2 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Terengganu FC II berada di tangga ketiga menerusi kelebihan jaringan walaupun berkongsi 15 mata dengan Selangor.