Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Liga Perdana - Melaka 2 Kuala Lumpur 1, NS 3 Perlis 1 Dan PKNS 3 UiTM FC 0

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur  - Pasukan Melaka United bangkit dari ketinggalan dalam masa tiga minit untuk kekal di persada Liga Perdana dengan mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas pencabar utama Kuala Lumpur.

Menerusi kemenangan itu, Melaka United yang sebelum ini menduduki tangga teratas liga dengan hanya melalui kelebihan jaringan berbanding Kuala Lumpur, kini meningkatkan jurang dengan memperoleh 21 mata selepas sembilan perlawanan manakala Kuala Lumpur berada di tempat ketiga walaupun berkongsi 18 mata dengan Negeri Sembilan yang mempunyai kelebihan jaringan.

Negeri Sembilan berjaya menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menerusi jaringan Alexander Moreton Smith pada minit ke-37, sebelum rakan senegaranya Taylor Francis Regan menambahkan jaringan selepas dua minit kemudian.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, jaringan dua penyerang import dari Argentina, memberi kemenangan 3-0 kepada PKNS FC ke atas jirannya UiTM FC untuk melonjak ke tempat keempat liga.

Johor Darul Ta'zim (JDT) II pula mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu menerusi jaringan Muhammad Hafiy Haikal Ismail pada minit ke-31.

Pasukan Kuantan FA pula menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menang 4-2 ke atas Sime Darby FC di Stadium Darul Makmur.

Pasukan DRB Hicom pula membenam pasukan tercorot liga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0 di Stadium Proton, Tanjung Malim.

Empat gol DRB Hicom diperoleh menerusi Muhammad Nazri Mohd Kamal pada minit kedua, penyerang import dari Crotia, Ivan Babic yang melengkapkan penalti pada minit kesembilan, Muhammad Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-15 dan penyerang import dari Ghana, Godwin Antwi Birago pada minit ke-34.