Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Chan/Goh Mara Ke Separuh Akhir Terbuka China

 

Jiangsu, China - Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mara ke separuh kejohanan badminton China Masters di Jiangsu.

Pasangan tersebut yang merupakan satu-satunya pemain negara yang masih kekal mengalahkan pasangan muda China, He Jiting/Du Yue 21-17 dan 21-17 pada suku akhir, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pilihan keenam kejohanan ini bakal bertemu pilihan utama Xu Chen/Ma Jin dari China esok.

Pemain perseorangan lelaki, beregu lelaki serta beregu wanita Malaysia kalah di pusingan awal. Malaysia tidak menghantar pemain perseorangan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$250,000 (RM974,035) itu.