Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 21, 2018

Australia Muncul Juara Pusingan Kedua WAITGC 2016

  • Published in Sukan

Sabah - Pusingan kedua Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia atau WAITGC 2016 menyaksikan pasukan dari Australia muncul juara.
  
Pasukan Macam Boleh itu menewaskan wakil Malaysia, Maybank A jauh ditempat kedua, sekaligus mara ke Grand Final November depan.

2 Kelab golf terkenal di Sabah iaitu Dalit Bay Golf and Country Club serta Borneo Golf Country Club menjadi venue pusingan kedua yang berlangsung dari 18 hingga 21 April.

Kejohanan edisi ke-24 kali ini menampakkan pengurangan pemain, namun wakil dari Australia, Singapura, Malaysia dan Brunei terus berentap mencari tiket ke Grand Final.

Selepas mendahului begitu jauh sejak pusingan kedua, pasukan Macam Boleh dari Australia merajai saingan kategori Gross.

Diwakili pemain berusia 19 tahun, Danny Boyden, Matthew Samen, Stan Bisby dan Tom Mah, Macam Boleh mengumpul 900 pukulan selepas 4 pusingan.

Mereka menewaskan Maybank A dengan kelebihan 69 pukulan, satu lagi sejarah baharu kejohanan untuk bergelar juara.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung malam tadi ìdi Hotel Hyatt Kota Kinabalu.

Saingan pusingan ketiga akan berlangsung 30 Mei hingga 2 Jun depan di Pulau Pinang.