Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Liga Super - Felda Masih Kekal Di Puncak, JDT Menang

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur  - Felda United terus kekal di atas Liga Super apabila membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, semalam.

Christie Jayaseelan membuka tirai jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-20 sebelum pemain antarabangsa Uzbekistan, Lutfulla Turaev menggandakan kedudukan, selang enam minit kemudian menerusi sepakan percuma.

Lutfulla meledak gol peribadi kedua pada minit ke-87 sebelum Francis Forkey Doe melengkapkan kemenangan bergaya skuad 'The Fighters' dengan gol keempat pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengekori rapat Felda United setelah mencatat kemenangan 5-2 ke atas Sarawak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Selangor pula naik satu anak tangga untuk memintas kedudukan PDRM di tangga ketiga liga setelah menang tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hasil jaringan Mauro Olivi pada minit ke-16.

Terengganu FC II pula melonjak tiga anak tangga ke kedudukan keempat liga setelah menang 4-1 ke atas Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, jaringan pada penghujung babak kedua perlawanan menerusi German Ezequiel Pacheco menyaksikan Pahang FC menang tipis 4-3 ke atas Kelantan.