Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

JDT Yakin Langkah Ke Final Piala FA

  • Published in Sukan

Johor Bharu - Johor Darul Takzim diyakini mampu melangkah ke final dengan menebus kekecewaan kepada Kedah pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Larkiin  30 April ini.

Walaupun ketinggalan 1-2 pada perlawanan pertama di Darul Aman 16 April lalu, Harimau Selatan diyakini mampu bangkit dilaman sendiri nanti.

Keyakinan ini disuarakan Pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan , Warisan dan kebudayaan Negeri Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan.

Sehubungan itu beliau menyeru penyokong JDT supaya datang beramai-ramai memenuhi stadium untuk memberi sokongan.

Datuk Zulkarnaian juga menyokong cadangan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Tunku Ibrahim mengajak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berdenat mengenai isu bolasepak negara secara terbuka.

Beliau Zulkarnain ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Johor Bharu.