Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Liga Super - Terengganu 2 Perak 3

  • Published in Sukan

 

Kuala Nerus - Terengganu tewas 2-3 kepada Perak pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam.

Kekalahan kelima daripada lapan perlawanan dicatat skuad Penyu itu tidak mengubah kedudukan mereka di tangga kelapan carta Liga Super dengan kutipan sembilan mata.

Perak mendahului menerusi rembatan kencang Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadr pada minit ke-22, sebelum Issey Nakajima-Farran menyamakan kedudukan untuk Terengganu FA, selang empat minit kemudian melalui sepakan penalti setelah beliau dijatuhkan pemain pelawat.

Perak kembali mendahului perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Elias Fernandes pada minit ke-56 sebelum beliau menjaringkan gol peribadi kedua, selang tujuh minit kemudian.

Pasukan tuan rumah menjaringkan gol kedua pada minit ke-74 menerusi tandukan Juan Jose Morales, namun tidak disahkan pengadil kerana beliau dikesan menolak pemain pelawat terlebih dahulu.

Terengganu FA akhirnya berjaya meraih gol kedua menerusi Issey Nakajima, namun ia tidak memberi sebarang makna kepada skuad Penyu.