Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Djokovic, Serena Yang Terbaik

  • Published in Sukan

Berlin - Dua jaguh tenis dunia, Novak Djokovic dan Serena Williams diangkat untuk menerima anugerah olahragawan dan olahragawati terbaik Laureus di Berlin Jerman. 

Pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic 28 tahun menerima anugerah buat tahun kedua berturut-turut mengecewakan dua bintang sukan lain termasuk, bintang bolasepak, Lionel Messi dan jaguh pecut dunia, Usain Bolt. 

Ini merupakan anugerah Laureus ketiga buat Novak Djokovic. 

Kejayaan Djokovic menjuarai Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat dan enam gelaran Masters melayakkan beliau muncul yang terbaik. 

Sementara, Serena menerima anugerah Laureus buat kali ketiga selepas memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon sebelum tewas di separuh akhir Terbuka AS mengatasi pencabar terdekat, atlet lari jarak sederhana, Genzebe Dibaba dan atlet ski, Anna Fenninger dari Austria. 

Pasukan ragbi New Zealand, All Blacks, menerima anugerah pasukan terbaik selepas menjuarai Piala Dunia Ragbi di England, Oktober tahun lalu. 

Kejayaan berganda buat All Black, apabila fly-half, Dan Carter menerima anugerah penampilan semula terbaik.