Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Nadal Rangku Gelaran Juara Tenis Monte Carlo Masters

  • Published in Sukan

Monte Carlo - Selepas sekian lama tidak meraih gelaran, pemain no.1 Sepanyol, Rafael Nadal akhirnya memecah kebuntuan itu. 

Pemain kidal rangking kelima dunia itu menewaskan pemain Perancis, Gael Monfils dalam aksi final. 

Ini adalah gelaran ke sembilan buat Nadal, yang kali terakhir memenanginya pada tahun 2012. 

Ia juga adalah gelaran Masters ke 28 buat pemain Sepanyol itu sekaligus menyamai rekod pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic. 

Nadal mengambil masa dua jam 46 minit untuk akhirnya menewaskan Monfils, pemain pilihan ke 13 kejohanan dari Perancis. 

Monfils bermula dengan cemerlang dan memberi saingan sengit kepada Nadal sebelum tewas 5-7. 

Bagaimanapun, Monfils bangkit di set kedua apabila berjaya mencatat kemenangan 7-5. 

Pengalaman jelas menyebelahi Nadal yang menguasai perlawanan di set ketiga sekali gus memenangi gelaran Masters pertamanya sejak 2014 dan yang ke 48 di gelanggang tanah liat.