Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Piala Dunia Dodgeball 2016 - Malaysia Mara Ke Final Selepas Menewaskan Wales 10-9

  • Published in Sukan

Pasukan lelaki Malaysia melangkah ke saingan akhir Kejohanan Piala Dunia Dodgeball 2016 selepas menewaskan Wales, 10-9 pada aksi separuh akhir, semalam. 

Skuad negara yang diketuai Muhamad Heidy Mohd Yusoff bakal berentap dengan tuan rumah, England pada saingan final hari ini. 

Dalam saingan separuh akhir itu, Malaysia ketinggalan 4-5 pada separuh masa pertama, sebelum bangkit untuk mengikat kedudukan 7-7. 

Ketika saingan menuju penamat, skuad negara berjaya mengetepikan cabaran Wales, 10-9.