Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Kejohanan Ragbi Piala Super KRM 2016

  • Published in Sukan

Sandakan Eagles semakin menghampiri trofi Piala Super pertama apabila mencipta kejutan menewaskan NS Wanderers dengan keputusan 20-22. 

Sandakan Eagles bakal berdepan SSTMI Tsunami yang turut mencipta kejutan apabila menumpaskan naib juara Liga Super, Keris Conlay dalam satu lagi aksi playoff. 

Babak pertama menyaksikan Sandakan Eagles didepan 12-3 apabila berjaya menyempurnakan3 try menerusi pemain import Jona Vugona , Oddry Mining dan Tavite Iosefo. 

NS Wanderes bangkit di babak kedua dengan memperoleh 2 try 2 conversion dan 1 penalti untuk mendahului 20-12. 

Namun kealpaan anak-anak buah Raimi Yusuf dihukum pemain Sandakan Eagles apabila berjaya memperoleh 1 try menerusi Tavite Iosefo disusuli conversion di penghujung babak kedua. 

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan, NS Wanderers 20, Sandakan Eagles 22. 

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan SSTMI Tsunami mengikut jejak Sandakan Eagles yang kembali bangkit dipenghujung perlawanan sekaligus menewaskan lawan, Keris Conlay. 

Mendahului 15-14 di babak pertama, SSTMI diberi tentangan hebat apabila ketinggalan 20-15 pada satu ketika pada separuh masa kedua. 

Ketika perlawanan hampir tamat, Abdul Karim Md Nasir muncul wira SSTMI apabila melakukan try disusuli conversion dari Apolosi Tuiloma sekaligus memberikan mereka kemenangan tipis 22-20.