Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Ahli perniagaan Malaysia Beli Kelab Bola Sepak Itali

Bari - Ahli perniagaan Malaysia, Datuk Dr.Noordin Ahmad mencatat sejarah muncul pemilik salah sebuah kelab bola sepak Itali. 

Datuk Dr.Noordin membeli kepentingan dalam kelab FC Bari yang pernah beraksi dalam saingan Serie A satu ketika dahulu.

Pemilik kelab FC Bari 1908 yang baharu, Datuk Dr Noordin Ahmad 'jatuh hati' kepada pasukan yang beraksi di Serie B itu selepas yakin pada potensi pasukan yang terkenal dengan jolokan Biancorossi itu. 

Jutawan Malaysia yang terbabit dalam perniagaan berasaskan minyak dan berlian itu berkata, beliau juga mahukan cabaran baharu dalam hidupnya dan berhasrat membawa pasukan miliknya itu kembali bersaing dalam liga elit negara itu iaitu Serie A. 

Sasaran menjuarai Serie B dan seterusnya layak beraksi di Serie A dalam tempoh lima tahun. 

Datuk Dr.Noordin ditemui pada sidang media pertama dihadirinya sebagai pemilik kelab itu di Bandar Istana Metropolitan, Bari, semalam. 

Turut hadir Presiden Bari FC 1908, Gianluca Paparesta; Datuk Bandar Bari, Antonio Decaro serta peguamnya, Grazia Iannarelli. 

Dr Noordin berkata, pemilikannya ke atas kelab Itali itu juga bakal menjadi platform kepada pemain muda di Malaysia untuk mendapat pendedahan di Eropah dan membentuk mereka menjadi pemain profesional yang lebih baik. 

Melalui pemilikan baharu ini, Dr Noordin akan menjadi pemegang saham majoriti dengan 50 peratus, Paparesta mengekalkan 45 peratus manakala Cosmo Giancaspro kekal dengan pemilikan 5 peratus.