Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Tenis Terbuka ATP Masters Monte Carlo - Novak Djokovic Terkeluar Dari Saingan

Monte Carlo -Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic terkeluar dari saingan dikejutkan pemain bukan pilihan Jiri Vesely dalam tiga set. 

Turun beraksi di pusingan kedua selepas mendapat bye sepatutnya tidak menjadi masalah buat juara bertahan, Novak Djokovic bertemu Jiri Vesely. 

Sebaliknya berlaku di set pertama, Vesely kemas menguasai gelanggang tanah liat dan mencatat kemenangan 6-4. 

Djokovic kembali bangkit di set kedua dengan kemenangan 6-2 untuk membawa perlawanan ke set penentuan. 

Di set penentuan, Vesely mempamerkan permainan memukau memerangkap segala gerakan Djokovic dan mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga dengan kemenangan 6-4. 

Kejayaan besar buat Vesely dan selepas ini dijadual bertemu Gael Monfils.