Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

Khairy Sedia Berdebat Dengan TMJ

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan isu kemerosotan prestasi Bola Sepak  Harimau Malaysia.    

Ketika Ditemui di Petaling Jaya, Khairy Jamaludin Abu Bakar, menyambut baik pelawaan Tunku Mahkota Johor itu yang juga merupakan penaung di Raja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). 

Jelas Khairy Jamaludin jika cara debat boleh menyelesaikan kemelut ini, maka beliau bersedia duduk bersemuka.

Khairy ditemui di Petaling Jaya semasa menghadiri Majlis Anugerah 100 plus Kewartawanan Sukan Malaysia (SAM). 

Dua hari lalu menerusi akaun facebook Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempelawa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan beberapa pihak  berdebat secara langsung di televisyen berkenaan isu kemerosotan bola sepak skuad kebangsaan. 

Setakat ini Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B.Sathianathan bersetuju untuk berdebat.