Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Anugerah SAM 100 Plus 2015 - Pandalela Menang Atlet Terbaik

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Ratu Terjun Negara Pandelela Renong dinobatkan sebagai atlet terbaik SAM 100 Plus 2015  pada Anugerah Kewartawanan Sukan Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM)-100 Plus kali ke-7.

Atlet kelahiran Sarawak itu  menewaskan empat calon lain termasuk jaguh badminton  Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, juara  silat dunia  Mohd Al-Jufri Jamari dan atlet wusyu, Loh Jack Chang menerusi undian ahli-ahli SAM.
  
Ini merupakan gelaran ketiga Pandelela yang pernah memenangi anugerah ini pada 2010 dan 2012.

Tahun lalu Pandelela mempamerkan aksi konsisten dengan pencapaian terbaiknya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Siri Terjun Dunia di Kazan, Russia, London  dan Windsor, Kanada.

Selaku pemenang Pandelela memenangi trofi dan wang tunai RM10 ribu.