Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Tenis Morte Carlo - Federer, Tsonga Lepasi Halangan

  • Published in Sukan

Pemain nombor tiga dunia, Roger Federer menepati ramalan mara ke pusingan ketiga selepas menewaskanpemain Sepanyol, Guillermo Garcia Lopez dalam straight set.    

Federer masih mencari kejuaraan pertamanya di sini. 

Turut mara, Jo Wilfried Tsonga dari Perancis menewaskan Pablo Carreno Busta. Set pertama, Federer nyata sukar di atasi Lopez yang tewas 6-3. 

Lopez yang berusaha untuk bangkit di set kedua masih gagal menguasai gelanggang tewas 6-4 untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan ATP 1000 ini. 

Sementara, pemain rangking kesembilan dunia dari Perancis, Jo Wilfried Tsonga terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta. 

Situasi sama berlaku di set kedua, di tambah dengan sokongan padu peminat, Jo Wilfried Tsonga akhirnya melangkah ke pusingan ketiga dengan kemenangan 7-6.

Kedua-dua pemain mempamerkan persembahan menarik di set pertama dengan pukulan forehand dan baseline mengelirukan. 

Bagaimanapun, Jo Wilfried Tsonga lebih pantas mengutip mata untuk menang tiebreak 7-6. 

Situasi sama berlaku di set kedua, di tambah dengan sokongan padu peminat, Jo Wilfried Tsonga akhirnya melangkah ke pusingan ketiga dengan kemenangan 7-6.