Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Lebih 100 Peminat Sambut Kepulangan Khairul Idham

Sepang - Lebih seratus peminat memenuhi balai ketibaan lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA bagi menyambut kepulangan pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi yang berjaya menjuarai perlumbaan pusingan kedua motogp Argentina.    

Khairul Idham atau Superkip yang merupakan pelumba Honda Team Asia  dijadualkan berada di Malaysia sehingga Selasa depan sebelum berangkat ke Jerez, Sepanyol untuk pelumbaan pusingan keempat MotoGP pada 24 April. 

Seawal jam 7 pagi, peminat sudah mula memenuhi  balai ketibaan KLIA, dengan membawa kain rentang bendera Malaysia untuk menyambut kepulangan Khairul Idham Pawi. 

Mereka terdiri daripada rakan, penduduk dan ahli keluarga Khairul Idham dari Kampung Gajah, Teluk Intan menaiki dua buah bas malam tadi. 

Khairul, ketika ditemui media melahirkan rasa terkejut di atas sambutan itu. 

Khairul menggemparkan arena sukan permotoran tanah air dan antarabangsa apabila mencatat sejarah menjadi penunggang pertama negara muncul juara GP Argentina dua minggu lalu. 

Bagaimanapun, kejayaan sama tidak dapat diulangi pada GP Amerika Syarikat Ahad lalu apabila pelumba dengan gelaran SuperKip itu sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20 selepas memulakan saingan dari petak ke-32.